Mata Pelajaran Tingkatan Enam Kolej Pra-Universiti (KPM)

Pelajar STPM wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am tidak kira sama ada calon sekolah kerajaan, swasta atau persendirian. Mata pelajaran lain bergantung kepada Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Setiap pelajar STPM wajib mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang merupakan salah satu syarat permohonan kemasukan ke program prasiswazah. Setiap calon STPM diwajibkan mengambil 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran. Namun demikian, hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja yang dikira dalam Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Berikut merupakan senarai mata pelajaran Tingkatan Enam:

  1. Pengajian Am (Wajib)
  2. Bahasa Melayu
  3. Bahasa Arab
  4. Bahasa Cina
  5. Bahasa Tamil
  6. Literature In English
  7. Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  8. Sejarah
  9. Geografi
  10. Ekonomi
  11. Pengajian Perniagaan
  12. Perakaunan
  13. Biology
  14. Chemistry
  15. Physics
  16. Mathematics (T)
  17. Mathematics (M)
  18. Usuluddin
  19. Syariah
  20. Tahfiz Al-Quran
  21. Information, Communication and Technology (ICT)
  22. Sains Sukan
  23. Seni Visual

Ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Sukatan Pelajaran

  • 900 Pengajian Am (Wajib)
    • 900/1:
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 1 dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Kemahiran Belajar dan Malaysia Kekal Berdaulat dan Soalan Esei.
    • 900/2:
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 2 dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Alih Bentuk Komunikasi: (Linear kepada bukan linear), Malaysia Maju dan Sejahtera: (Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera dan Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara) dan Soalan Esei
    • 900/3
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 3 dan tidak boleh mengulang. Sukatan terdiri daripada Alih Bentuk Komunikasi:Bukan Linear kepada Linear, Malaysia dan Luar Negara:(Hubungan Diplomatik, Penglibatan dan Peranan dan Sumbangan Malaysia) dan Soalan Esei
    • 900/4 (Kerja Kursus)
      • Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
  • 910 Bahasa Melayu
    • 910/1:
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 1 STPM dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Sejarah Bahasa Melayu dan Perkembangannya dan Fonetik serta Pemahaman dan Esei Tidak Berformat.
    • 910/2:
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 2 STPM dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Morfologi dan Sintaksis
    • 910/3
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 3 tetapi tidak boleh diulang. Sukatan terdiri daripada Wacana, Retorik, Variasi Bahasa, Laras Bahasa, Semantik dan Pragmatik.
    • 910/4 (Kerja Kursus)
      • Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Tajuk berkaitan Penulisan Esei Berformat.
    • 910/5 (Kerja Kursus)
      • Dijalankan semasa Semester 3. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Tajuk Penulisan ilmiah.
  • 940 Sejarah
    • 940/1 Sejarah Dunia (1500-1955)
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 1 dan boleh mengulang semasa ulangan 1. Sukatan terdiri daripada Masyarakat, 'Pemerintahan dan Pentadbiran, Kemajuan dan Pembangunanl dan Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
    • 940/2 Sejarah Islam (500-1918)
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 2 dan boleh mengulang semasa ulangan 2. Sukatan terdiri daripada Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar, Pembangunan dan Penerokaan dan Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
    • 940/3 Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)
      • Diambil semasa peperiksaan Semester 3. Sukatan terdiri daripada Sejarah Malaysia: (Masyarakat, Transformasi Masyarakat, Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa dan Pengisian Kemerdekaan) dan Sejarah Malaysia: (Masyarakat, Transformasi Masyarakat, Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa dan Pengisian Kemerdekaan).
    • 940/4 Kerja Kursus
      • Dijalankan semasa Semester 2. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).